Monday, 23 December 2013

I didn't find

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatu ....


 Hi semua readers and followers ... Sorry lah as aku selalu katakan aku selalu sibuk ... Kesihatan jangan tanya sebab aku malas mau kongsi , lagi pun hampa bukannya tau macam mana nak sembuhkan , doktor pun boleh goyang ... Now aku ada test dekat Sabah , so far so good alhamdulillah Tuhan masih bagi peluang untuk hidup ... Test pun harap sangat semuanya lulus boleh teruskan kerjaya dengan baik ... Kalau naik pangkat dalam usia yang muda , mana kita tau kan ?? Allah bagi kita rezeki ... Berdoa je la kepada Tuhan Yang Satu .. Sepanjang kat sini how to release my tension , aku main bola , ride dengan kawan kawan ... Happy sebentar walaupun tak kekal sebab dalam seumur hidup aku , tak pernah aku happy dalam sehari , mesti ada spoil .... Aku tak suka lah orang tanya soalan banyak waktu macam ni , aku banyak lagi nak jawab test , nak pikir anak nak pikir mak nak pikir family apa lagi dengan kerja ni ...

  Apapun aku dapat luangkan masa dengan kawan kawan walaupun sekejap , sebab nak solat Maghrib and Isyak , kat sini kan awal terbit Fajar ... Kalau ada masalah aku dah jarang beritau kat mama , kat kawan kawan , kat family ... Aku malas membebankan orang ... Aku sakit ke apa ke aku usaha untuk hadapi seorang diri ... Haiyo aku rindu kat Jitra , Laksa oh laksa ... laksa Kedah menjadi pujaan hatiku .. Rindu nak telan sup dia ... Kat sini aku selalu makan Ulat Sagu , masak kicap , goreng , salai , jeruk , panggang , apa lagi makan hidup hidup , terasa fresh sangat seperti susu ... Sebungkus Rm5 , tu ja laa yang aku suka makan .... Pagi lepas solat Subuh p keluar jogging .. Apapun udara segar sangat , sampai lah pukul 7am balik sarapan mandi then p dewan .... However , I still can smile even facing many problem ... Seperti arwah papa pesan , " Hadapi dengan senyuman " ... :)

  Dari dulu sampai sekarang aku  belum jumpa orang yang boleh paham aku sepenuhnya ... Aku usaha untuk mencari salah seorang diantara hamba hambaNya , namun masih tidak ku temui ... Aku selalu mencuba tapi bila aku tengok keadaan memang susah nak mengganggu masa kawan kawan , mereka pun sibuk dengan hal masing masing , aku hanya mampu mengaduhkan kat Allah SWT , aku harap Dia saja yang paham masalah aku ... Selain itu aku mengaduh masalah aku dengan tumbuh tumbuhan , dengan binatang sampai orang ingat aku ni betul betul GILA ... Aku hairan mengapa orang pandang aku lain bila bercakap dengan binatang ... Sedangkan aku boleh memahami apa yang dia nak sampaikan , apa yang dia nak ... Aku memahami , hingga sanggup tak makan bagi makanan kat mereka .... Mereka ada bila aku susah walaupun mereka tak berbahasakan manusia ... Kalau diberi pilihan , aku sanggup pilih binatang daripada manusia .. Senang bela , senang memahami , boleh tidur sama sama tak mendatangkan haram atau pun khalwat , makan apa sekali pun dia akan makan ... Tu la anugerah ciptaan dari Allah Subhana Waa Taala ... :)

  Esok 25 Disember bersamaan hari Rabu , adalah hari lahir anak aku yang ke setahun ... Malangnya aku tak dapat bersamanya untuk celebrate birthday dia .. Tapi aku dah belikan dan hantar hadiah dia tadi , aku harap dia suka dan aku berharap lagi dia tak cari aku .. Walaupun aku sekarang merinduinya , masa tidak mengizinkan sayang , baba sayang awak sangat .. :')  Hari esok jugak hari yang membuat aku sedih , tak ada mood sepanjang hari aku .... Aku cuma boleh tersenyum melihat gambar anak aku memotong keknya .. Hari esok adalah hari kepergian isteri ku yang ke setahun .. Aku tak tau nak kata apa nak buat apa , mungkin aku akan bersendirian , tanpa di ganggu oleh sepa sepa yang mengenali aku walaupun family aku ... Aku usaha untuk redahkan kesedihan , bersabar , terima kenyataan semua ni adalah takdir .. memang susahkan jadi seorang Ayah ? Papa , mungkin dulu bangyo tak pernah dengar kata kata Papa , selalu lawan cakap Papa , bangyo dah merasai kesusahan menjadi matang , kesusahan menjadi Ayah , kesusahan menjadi Papa , kesusahan menjadi ketua keluarga .. Segalanya yang Papa buat dulu , semuanya secara automatic bangyo ambil ahli , ambil ahli kerja Papa , semua nak pakai duit pun hidup di dunia ni kan Papa ? Bangyo usaha keras untuk lakukannya , sebab tanggungan yang bangyo dapat ni banyak sangat ... Sebab tu bangyo kerja keras sambil kerja sambilan ... Semuanya duit ...

  Apa sekalipun aku masih tak bersedia nak beritau masalah aku dengan sepa sepa , aku bukan senang nak cakap masalah aku dengan sepa sepa .. Binatang dan tumbuhan jadi pendengar , langit dan bumi menjadi saksi .. Kegembiraan hanya dilihat oleh manusia manusia , Allah SWT yang Maha Mengetahui Segalanya walaupun sedikit pun yang tersirat di hati ... I didn't find ...... :')



  Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatu ....