Hari ni langsung tak ada tanya khabar , apatah lagi semalam ... Siapa sangka semua ni ? Hanya Allah SWT yang tahu ... Sudah 2 hari tak contact dia .. "Bila hati tak suka , mana boleh paksa ... " Ya memang tak boleh suka .. Dan hati ini IKHLAS menyayangi , dan ingin membimbing .. Ya Allah , ada tak hukum untuk semua ini .. ? Hati aku ikhlas bukan nak mempermainkan perasaannya ... Tapi dia tak pernah faham , dia nak aku ja yang faham dia .. daripada dia dibuai kesunyian tanpa bimbingan dan hanya disakiti oleh seseorang tu .. Lebih baik kita mencuba , aku tak kata aku perfect untuk dia .. aku jugak banyak kelemahan dan kekurangan melainkan lelaki tu ..
Aku terima semua ni , aku terima kerana Allah .. bukan kerana dia tak membalas lamaran itu .. Aku tak lah sehensem , segagah , sepandai , dan terkenal seperti lelaki itu ... Tapi niat ku Ya Allah , aku ikhlas untuk menerimanya , membimbing dia tapi dia ego .. Kita merancang , doa harus diteruskan , Tuhan Yang Mengetahui .. Kalau ada jodoh tak ke mana .. Tapi untuk menunggu masa yang lama , itu semua aku tak janji .. Bukan aku tak mau atau ada wanita lain .. Aku tak pasti aku boleh menunggu ..
Aku harap , waktu hari jadi nya aku dapat wish walaupun tak melalui telepon atau sms mahupun facebook dan twitter .. Cukup bersama cup cake .. Aku hanya membayangkan wajah dan beranggapan dia ada dihadapan ku .. Ya Allah , Aku ikhlas melakukan semua ni .. Jika Kau beri peluang , membuka hatinya kepada ku , akan ku jaga dengan sebaik baiknya .. Aku tak salahkan dia kenapa dia tak terima aku .. Aku cuma tak tau kenapa dia tak mencuba ... Kita belum tahu apa yang terjadi .. Jika tak boleh teruskan , aku faham ... Kau tak boleh .. Tapi kau tak mencuba .. Itu lah masalah kau ... Aku tau , melupakan seseorang memang mengambil masa yang lama ..
9 April 2013 iaitu hari selasa depan ...
Hari ini hari jadi dia dan hari pembedahan aku ... Aku harap aku dapat ucapkan " Selamat Hari Jadi " sebelum pergi pembedahan ... Itupun kalau dia ingat aku .. Aku tak lah penting sangat buat dia .. Walaupun di mata dia aku tak selalu nasihat dan bukan aku yang selalu nasihat dia .. Semua tu aku faham .. Dan aku tak pernah nak ambil hati .. Untuk pengetahuan dia , sebelum aku tinggalkan dia pada waktu malam tu , dan berangkat ke hospital .. Setiap hari aku tertunggu tunggu sms dia , aku tak kisah dia kol aku ke tak .. Yang penting bagi aku , dia sms dengan aku dalam keadaan baik baik saja .. Dia taktau yang aku risau kat dia ... Setiap hari sebelum tidur sebelum ni , aku selalu sms dan berpesan .. " Esok lepas balik sekolah , sms tau tau tau ? " Selepas aku hantar sms untuk hari terakhir aku tunggu sms dia , waktu malam baru dia sms aku .. Bayangkan aku sms Midnight , dia balas sms aku tomorrow night .. Aku tau 1April tu dia tertekan dan teringat dengan exboyfriend dia .. Sebab tu aku risau .. Sebelum perpisahan pada malam tu juga , aku sangat risau dengan keadaan dia .. Aku tak suka dia sedih , aku tak suka dia menangis , aku tak suka teringat dengan kenangan lama dia bersama exbf dia membuat mood dia hilang untuk belajar dan untuk semua orang .. Di mata dia , dia taknampak yang aku ni selalu ambil berat terhadap dia .. Tapi dia silap .. Hanya Allah SWT saja yang tau .. Setiap kali ku sujud kepadaMu Ya Allah , aku tak berhenti doa untuk semua orang termasuk untuk diriku jua ... Aku tak pernah lupa dengan orang yang pernah berjasa dengan aku .. Aku tetap hargai samai bila bila ... Aku tak minta untuk kau balas cinta aku .. Hidup aku semakin singkat .. Semua ni kerja Allah , bila bila masa ja dia boleh ambil ...
Kenapa aku masuk hospital ?
Aku di hospital selapas aku sms dengan dia Midnight 2April disebabkan nafas aku tersekat dan susah untuk bernafas .. Bila aku usaha untuk bernafas , jantung aku sakit .. Bila aku bernafas , sakit sangat .. Apabila sampai ke tempat destinasi itu , memang aku dah tak sedarkan diri sehingga hari esok aku dapat tau dari mak aku bahawa injap besi aku terlepas , dan terkena sikit pada jantung membuat aku rasa sakit untuk bernafas sehingga kini .. Dan kini juga aku ditahan di hospital ... Dan 9April 2013 iaitu pada hari Selasa depan , pada pukul 10pagi aku dah pembedahan .. Aku takda niat atau permintaan untuk dia kembali gembira kan aku atau apa saja yang ada dalam fikiran orang .. Aku langsung tak minta untuk dia tegur dan datang dalam hidup aku dah .. Sebab aku dah
Aku cuma nak dia tau bahawa aku rindu dia gelak dan ejekkan dia .. " Keding keding ikan kering ! kurus Tak normal !! " :')
First kami mula tegur : 12 March 2013 , dia missedcall aku pada pukul 4.22pm .. Aku mula tersenyum gembira .. *kawan aku dah mcez* :')
Dan pada 19 March 2013 : Kami otp kat asrama dia .. Gelak tawa sampai Midnight ... Dan malam tu juga kali pertama dan terakhir dia call aku ... (
Dan selepas itu aku yang call dia dan mcez dia dulu .. Setiap hari aku mcez ambil berat dia kat mana dengan siapa .. ahahahak .. I GOT NOTHING tapi cukup la semua ni Tuhan saja yang tau .. Dan aku tak minta pun sesekali untuk dia datang dengan aku .. Dia nak SPM tahun ni , takapa lah jangan ganggu dia ... Dan aku takkan ganggu dia lagi dah lepas ni ... Tuhan Maha Adil , Maha Pengasih , Maha Penyayang , Maha Mengetahui ..
Jika hari esok panjang umur , Insyaallah aku update untuk sekian kali ...
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatu ..