Setiap hari usia kita semakin meningkat , semakin tua , so fikiran pun kena la matang .. Kesimpulannya , Mayo kau kena berubah .. Sebab anak kau dah semakin besar .. Ahahahhak , its all about life ... Nobody knows for what we want and for what we stand and also for what we leave away .. Times was running right .... Now dah masuk 2013 , kenangan manis dan pahit tahun 2012 tahun 2011 dan tahun 2010 pun semakin pudar .. Aku dah jadi seorang penganggur .. Syukur Alhamdulillah dalam usia macam ni aku ada spend time untuk bekerja .. Walaupun aku dah habis sekolah menengah , tapi still nak bersekolah lagi ... Aku jugak kini sambung belajar di Pimlico London untuk menimbah ilmu ... Begitu la nasib ku , bersama keluarga kecil ku .. Walaupun tak meriah macam family yang lain tapi aku masih merasakan kebahagiaan melalui senyuman dan melihat wajah yang gembira ... Usia ku dah meningkat dan kini aku dah 18tahun since 29 Januari 2013 .. Tak sangka bahawa aku ni dah tua .. Tapi perangai masih lagi seperti budak budak .. Seperti yang aku nak katakan , selagi aku hidup serumah dengan mama , aku tak boleh nak berubah jadi matang dan still jadi anak yang manja ... Mengalahkan adik aku kan .. :)
La ni aku dah start spend time dengan blogger .. aku kira nak buat blogger baru .. tapi blogger ni banyak space lagi .. Lama tak buka .. so aku teruskan pakai account lama ni ... Sekarang dah tak sama dengan masa lalu .. Kemudahan pun semakin moden .. Waktu pun semakin singkat .. Kalau hidup kita ni ada record kehidupan , berapa peratus masa lagi kita hidup .. Sudah semestinya semua orang akan bertaubat ..Tapi Allah SWT rahsiakan semua ni , sebab dia takmau kita tau pasal semua tu .. Nanti hamba hambaNya takmau melakukan kerjaya dan meneruskan kehidupan .. Kita juga belum dan tak pernah nampak pun wajah Allah .. Sebab Agama Islam adalah agama yang special ... Semua rahsia Allah , bila dia nak bagi kita rezeki , nak bagi kita jodoh , nak ambil kita semula .. Dia takkan bagitau , itu lah Allah Maha Mengetahui .. Semua ni kita nampak , tapi kita yakin dan dapat rasa bahawa Allah SWT sentiasa bersama kita bersama Malaikat Raqib dan Atid .. Malaikat malaikat ini ada tugasnya yang tersendiri .. Malaikat Raqib mencatat kebaikan di dunia(sebelah kanan) dan Malaikat Atid mencatat kejahatan dan amalan buruk di dunia ( sebelah kiri ) . Dua malaikat ni sentiasa bersama kita. Cuma kita selalu lupa akan mereka. Percayalah, mereka sentiasa tidak jemu menulis setiap amal kebaikan dan kejahatan kita didunia ni. Jadi, jangan buat jahat dan buat amal yang baik selalu.
Aku juga ingin merasakan bau Syurga Firdaus .. Namun aku taklayak untuk merasakan semua itu .. Tapi aku tak berupaya untuk menghadapi API NERAKA JAHANAM ... Semua orang nak merasakan Syurga Firdaus itu , tapi kita seharusnya menjaga tatatertib dan mengekalkan amalan yang telah diperintah oleh Allah .. Siapa yang sangka , hanya kita saja yang tak perasan dan lambat laun baru mengetahui " oo ini semua bisikkan Syaitan , ini semua pengaruh Syaitan " Sekuat mana pun seseorang itu , tak kira bersarban atau berpurda , pasti pernah melakukan dosa .. Dosa senang dilakukan , tapi nak bertaubat tu bukan senang diterima Allah ..
Hidup semestinya banyak melakukan kesilapan ... Aku mengaku bahawa aku pernah buat orang marah , sakitkan hati orang , bagi orang gaduh , bergaduh apa semua .. Aku mengaku ... Tapi belum terlambat buatku untuk memohon maaf kepada semua .. Yang telah menyakitkan aku selama ini , aku tak pernah simpan hasrat dendam .. Aku dah lama maafkan semua orang dan lupakan situasi yang telah terjadi .. Yang kenal aku , maafkan lah aku jika melakukan kesilapan terhadap kamu ... Sesungguhnya sifat Pemaaf ini mulia sifatnya daripada berdendam ..
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatu ..