Dan selamat pagi , waktu pagi macam ni barulah full line .. Kalau buat tengahari or malam , or waktu cuti ... Huh bagus jangan buka lappy .. Hari ni adalah hari ke-3 I got ulser .. Perghh sakit nak nelannya .. Badan pun naik demam .. Tawakal ja la .. Dan ini adalah sumber ke-2 saya dapat selepas baca buku tuuuu ...
MAAFKANLAH , JAUHI MARAH & DENDAM
Dalam sebuah hadis sahih diceritakan bahawa pada suatu hari , seorang lelaki bertemu Rasulullah s.a.w . Lelaki itu berkata , " Wahai Rasulullah , berwasiatlah kepadaku . " Lalu Rasulullah berkata , " Janganlah kamu marah ! " Rasulullah mengulangi beberapa kali .
Hadis oleh Abu Hurairah itu berupa wasiat Rasulullah s.a.w kepada umatnya agar menjauhi pelbagai penyakit hati seperti marah , dendam , iri hati , riak , takbur , serta dengki sesama umat ..
Terdapat dua jenis penyakit dalam tubuh manusia . Penyakit pertama adalah penyakit yang dapat drirasakan dan dilihat pada tubuh manakala satu lagi penyakit hati yang hanya dapat dilihat melalui tindak tanduk pelakunya ..
Penyakit hati lebih berbahaya jika dibandingkan penyakit lain kerana ia akan mengganggu emosi yang akan melahirkan perasaan dendam dan sifat sifatnya negatif lain .. Banyak masalah berkait hubungan sesama manusia berpunca daripada sifat marah dan membalas dendam .. Walaupun perselisihan kecil , namun tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam sudah tumbuh di hati .. Sikap berdendam hanya merugikan kedua dua pihak .. Orang yang paling tertekan adalah orang yang suka berdendam , hatinya tidak tenteram dan sentiasa bersangka tidak baik terhadap orang lain ..
Allah memberi peringatan agar kita memelihara perpaduan sesama umat serta menjauhkan diri daripada sebarang permusuhan dan perbalahan yang boleh mengakibatkan pemecahan dan dendam yang akan merosakkan masyarakat .
Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 46 yang bermaksud , " Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya , dan jangan kamu berbantah bantahan , jika tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu , sabarlah(menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati ) , sesungguhnya Allah berserta orang yang bersabar .. "
Rasulullah s.a.w berpesan bersandarkan hadis oleh Bukhari dan Muslim , " Usah kamu berdendam kesumat , jangan kamu berhasad dengki , jangan kamu berpaling muka , jangan kamu pulau memulau , sebaliknya hendaklah kamu bersaudara .. Adalah tidak harus bagi seseorang muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebihi 3 hari .. "
Untuk mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan daripada menyimpan perasaan dendam , dalam hadis sahih Riwayat Muslim , Rasulullah s.a.w berpesan " Demi nyawaku dibawah genggaman Allah ! Kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman .. Kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang .. Mahukah kamu kalau aku tunjukkan kepada kamu akan satu perbuatan , bila kamu melakukan nya kamu akan berkasih sayang iaitu ucapkan salam sesama kamu .. "
Dalam hadis yang lain , Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w menegaskan dan berpesan , " Sebarkanlah salam , perkuatkanlah silaturahim , kasihanilah golongan fakir miskin dan jangan tinggalkan solat malam .. "