Sunday, 30 June 2013

Ikhlas pembersih hati yang kotor


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu .. 

Apa khabar semua reader ? Sihat tak ?? Kalau sihat baguslah macam tu , bermakna Allah sentiasa melindungi dan menjaga awak semua ... kerana dia sayangkan awak , walaupun awak sakit ataupun kurang sihat , ada hikmahnya .. Kita sakit kerana Allah nak kurangkan dosa2 kecil kita ketika di dunia ni .. Allah Maha Adil dan Maha Penyayang bukan ??? Alhamdulillah saya masih bernafas lagi , saya berjalan , membuka mata dan kini saya masih boleh menaip untuk berkongsi maklumat dengan awak semua .. Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan awak semua tentang 100 Pesanan Terakhir yang di tinggalkan oleh Rasulullah , tajuk Tawaduk Penghapus Kesombongan .. Semua ni saya petik dari buku , kalau saya tak baca semestinya saya tak berkongsi dengan awak semua kan ... 


           Tawaduk Penghapus Kesombongan

Ikhlas Pembersih Hati Yang Kotor 


Apa yang dimaksudkan dengan menjaga kebersihan di sini ialah bukan apa yang dapat dilihat oleh mata , seperti menjaga kebersihan anggota badan , pakaian , tempat kediaman dan persekitaran . Menjaga kebersihan yang dimaksudkan ialah menjaga kebersihan hati .

Ramai diantara kita lebih mengutamakan kebersihan zahir daripada kebersihan hati. Kebersihan zahir dapat dilihat kekotorannya manakala kekotoran hati tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali dapat dikesan melalui amal perbuatan dan tindak tanduknya.

Hati dalam tubuh manusia ibarat kayu ukur untuk menilai sama ada baik atau buruk amal perbuatannya . Dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abi abdillah an Nu'man bin Banyir,Rasulullah s.a.w berkata , "Ketahuilah bahawa dalam tubuh manusia itu terdapat seketul daging , apabila elok dan sempurna daging itu maka akan elok dan sempurnalah seluruh badannya. Tetapi jika daging itu rosak , akan rosaklah seluruh badan itu , dan ketahuilah ketulan daging yang dimaksudkan itu ialah hati .

Hati yang tidak bersih atau kotor itu berpunca dari banyak perkara seperi sombong , angkuh , berdendam , berdengki , takbur , iri hati , bakhil , kedekut , tamak , haloba dan lain2 adalah perkara yang merugikan . Penyakit syirik merupakan satu satunya  penyakit yang paling bahaya dan Rasulullah s.a.w sering berpesan kepada umatnya agar menjauhi perasaan atau sifat syirik.

Sebaik baiknya segala amal kebajikan yang dilaksanakan dengan ikhlas akan menjadi penapis kepada perasaan negatif daripada terus meresap dan berkumpul di dalam hati . Sebelum melakukan amal perbuatan , sebaik baiknya lakukan pembersihan hati terlebih dahulu iaitu buang segala kekotoran yang bersarang di dalam hati , apabila sudah bersih , kita akan menjadi lebih mudah melaksanakan segala amal perbuatan kebajikan dan tidak menjadi hanya sia sia. Menjaga hati agar sentiasa berada dalam keadaan suci bersih ialah dengan bertakwa dan ikhlas terhadap amal ibadat.

Ibadat kepada Allah Azza Wa Jalla juga perlu diiringi rasa cinta dan kasih yang agung dengan mengharapkan pertemuan denganNya pada hari akhirat kelak . Rasa cinta ini perlu sentiasa dipupuk agar terus kekal dan tidak turun naik .

Firman Allah S.W.T : " Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan TUHANnya maka perlukanlah amalan soleh dan tidak menyekutukan ibadat kepadaNya dengan sesuatu pun" surah al-kahfi /110

Selain itu Allah juga menegaskan tentang kepentingan ikhlas ini seperti firmanNya , " Oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu hanya kepadaNya " surah al-zumar/2



Semua ini saya petik dari buku yang saya baca , saya buat blog ni pun untuk berkongsi ilmu pengetahuan tentang ilmu akhirat , ilmu untuk meneruskan kehidupan di muka bumi pinjaman Allah ... Saya memohon maaf jikalau ada tersilap kata , memohon maaf kepada En. Muhd Nasruddin Dasuki , izinkan saya sebarkan perkara2 yang benar dan semua sumber yang terdapat dalam buku awak tu , saya membacanya dengan senang hati .. Izinkan , berkatilah dan halalkan ketika saya ingin menyebarnya dari buku awak .. Saya buat kerana Allah .. Kepada semua pembaca dan follower yang singgah ke blog saya , saya mengucapkan ribuan terima kasih , semoga Allah merahmati dan melindungi awak semua ... Nak tahu lebih lanjut tentang pesanan Rasulullah , boleh kunjungi blog saya http://shoshanashadow.blogspot.com/ .. facebook dan twitter coming soon ... May Allah Bless you always .. amin ..

Sekian , daripada saya ...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu ...