Tuesday, 25 June 2013

Hariku ...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu ..


Sudah lama kita tidak bersua ya wahai blog ku .. Apa khabar ? Da sapu lap mop blog ni , tapi masih nampak semak lagi kalau tak update .. :3


Kini aku dengan diri aku .. Hidup semakin pudar , hati semakin gelap macam dilanda jerebu .. Aku sudah berpisah dengan Wani dan kini aku hanya sebatang kara ... Kami berpisah disebabkan dia tak memahami aku .. aku takut , makin sayang makin cinta tapi kesannya aku tak rasa lagi .. aku nak bahagia , yes aku dapat mahupun sedikit .. aku mahu happy , yes aku dapat mahupun ala kadar .. aku menangis , yes 100% dalam sehari mesti aku nangis .. aku mahu orang paham aku , no .. aku tak rasa pun orang paham aku ... Wani , aku minta maaf , bukan ku pinta perpisahan tak bersebab .. aku kini bermasalah n aku suka pendam , aku tak suka nak luah melainkan mak aku ... aku harap kau paham untuk kali terakhir ini ...

Kes eyja ... sudah berakhir dan aku malas dan takmahu nak menaruh harapan , walaupun dia adalah ex gf yang paling lama , yang paling memahami dan yang paling terukkkkkkk dalam hidup aku .. Teruk perangai sebijik satu kepala dengan aku , tapi kenangan kita aku takmampu nak lupa macam tu ja ... aku hargai semua pemberian dan kasih sayang serta terima kasih pernah buat aku bahagia , aku happy , paham aku , mahupun kita tidak lagi bersua bersama ....

27/6/2013 adalah hari yang mungkin buat aku moody dalam sehari ...
ya Allah ya Tuhan ku ... Engkau lah Yang Maha Besar , Yang Maha Agung , Maha Pengasih , Maha Penyayang , Maha Pengampun , Maha Pelindung , Maha Mendengar dan Maha Mengetahui serta Maha Kuasa .. Lindungilah keluarga ku ya Allah , ampunilah dosa mereka , berikan lah mereka rahmat , buka kan lah hati mereka daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak berfaedah ... Ya Allah ya Tuhan ku , ampunilah dosa ayahku , lindungilah dia dari azab nerakaMu , tempatkanlah dia digolongan orang2 yang beriman , berikanlah dia rahmat , semoga dia tenang di sana walaupun kini kami semua dilanda masalah .. Ya Allah ya Tuhan ku , ampunilah dosa ibu ku , kuatkanlah dan tabahkan lah hatinya menghadapi segala dugaan dan ujian di muka bumi ini , lindungilah dia dari orang2 yang berniat jahat , jauhilah dia dari perkara2 yang buruk , yang selalu memberi dia masalah yang sangat berat , kau tenangkan lah dia ya Allah , kuatkanlah semangatnya untuk menghadapi semua dugaan di dunia ini .. Sesungguhnya Kau Maha Mendengar , Maha Pengasih , Maha Pelindung ,Maha Mengetahui , Maha Pengampun Dan Maha Pemurah ...

Aku mengunci hati ini untuk bercinta dan mencintai lagi mahupun menyayangi .. Ya Allah , kenapa hanya sekejap saja ?? Sakit aku rasakan jikalau aku tidak meluahkannya , aku takut dan sangat takut apabila orang itu menjadi milik orang lain .. Aku memang dah lama sayangkan dia tapi hanya seorang adik .. Tapi kini aku rasa hati aku bukan mengganggapnya macam adik lagi .. Aku berkeras dan terus berkeras hati , membusykan diri untuk mengelakkan hati aku terpikat dan terjatuh hati lagi dengan orang tu ... aku tak pasti itu adalah hanya kawan biasa tapi setahu aku , setiap awal pertemuan , perasaan hati dan degupan jantung seseorang tu lain , seperti orang jatuh cinta ... aku tahu dia hanya minat , suka .. tapi dengan perlahan2 cepat atau lambat , bercinta jugak ... Selamani hinggalah ke hari ini dan berapa minit , dia masih mengganggap aku seorang abang dan tidak lebih .. aku memang dah tau semua tu .. sebab tu aku nak diam2 mencintai dia .. biarlah aku anggap cinta yang kali ini adalah cinta Platonik aku ... Aku takmau dan tak berani untuk memberitahu dia bahawa aku sudah dilamun menyayanginya lebih dari abang dan adik ... Walaupun berjauhan tapi tanah air tidak pernah ditinggalkan ..