Thursday, 27 June 2013

Mari Stalk Blog Saya ..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu , readers ...

Apa khabar semua ?? So far so good ?? Aku tak good walaupun far ke tak not good jugak ..
Semalam aku busy gila , mana kerja mana kuliah , mana lagi pikirkan mama ... aku rasa semalam aku tak berhenti nangis lah , apa yang buat aku sebak , buat aku lemah , aku tak boleh dengar atau tengok mama menangis .. 27 Jun 2013 iaitu hari Khamis , semalam ... Aku dah baca yassin , doa n al-Fatihah untuk papa .. Ya Allah , menangis gila aku sambil baca yassin ... Aku terbayang ja dia ada kat pintu bilik aku , pakai baju jubah , sarban dengan tasbih kayu koka dia .. aku nampak dia senyum ja .. Semalam genap 2 tahun dia tak ada dengan aku dan kini ada lah 2 tahun 1 jam 52 minit 32 saat .. Aku hanya berserah , dan tawakal dengan Yang Maha Esa ...

Dear awak .. Saya rasa sejak kita mengikat hubungan sebagai sepasang kekasih , saya masih tak merasakan kebahagiaan dan kegembiraan dari awak .. Saya masih merasakan bahawa kita ni macam kawan .. Saya minta maaf jikalau saya tak boleh teruskan bersama awak .. Tapi saya nak awak tau dan ingat serta simpan dalam hati dan hidup awak selama2nya bahawa saya tak ada niat untuk nak mainkan perasaan awak mahupun sakiti awak .. Buat masa ni saya akan bagi peluang kedua kat awak untuk awak dapatkan hati saya dengan sepenuhnya ... Wujudnya perasaan sayang saya kat awak masih seperti kawan ... Saya harap awak berjaya catch hati saya sebelum saya pergi ...

Dalam diam Mencintaimu ... atau cinta yang wujud itu munculnya dari persahabatan yang ketat .. Rasa takut untuk meluahkan bahawa perkataan CINTA ni tak boleh buat main , ini soal perasaan kita yang betul , perasaan hati .. aku selalu berjanji dengan hati , jangan mudah jatuh cinta , kenapa ??? sebab belum tentu orang yang kita cintai itu , membalas cinta kita dengan ikhlas .. selain tu , bukan ja dapat balasan cinta yang tak ikhlas , tambah lagi cinta kita tak diterima dan berasa sedih serta malu d khalayak orang ramai .. Bukan mudah nak dapat cinta orang yang kita cintai ... Berapa banyak kali aku kena dengan feeling ni , kita hanya syok sendiri .. untuk mengelakkan terjadinya seperti sejarah hidup aku yang dulu , jangan mudah meluah tanpa melihat tempat yang tepat .. Satu cara untuk kita  meluahkan perasaan , sama ada kita menulis blog mahupun diary ... Lambat laun nanti orang yang kita cintai itu tau , kemungkinan hampa terjatuh cinta dengan orang yang "HOTSTUFF" hampa rasa dia pandang hampa tak ?? Tambah lagi Hotstuff yang mementingkan rupa dan level hotstuff hampa kat fb mahupun twitter .. terus terang aku cakap kat hampa semua , tak semua lelaki yang memandang hati dan memandang wajah .. Cuba tanya hati wahai kaum Adam semua , mulut hanya berkata " saya memilih , menyayangi , dan mencintai awak bukan kerana rupa " bila hati mula berkata , " saya ingin yang lain , awak tak secomel macam perempuan lain " .. Yeah , lelaki tak semua macam tu , tapi ada jugak yang mementingkan wajah .. Dan dengarlah wahai kaun Hawa , jikalau satu hari awak dilamar or kena ayat apa semua ... Satu awak tanya dia " sebelum nak bahagiakan saya , bahagiakan mak dulu " kalau tak nanti awak jadi mangsa keadaan .. awak nak makan batu atau beras ?? make sure yang tu adalah KEDUA , yang PERTAMA , adakah solatnya khusyuk 5 waktu 17 rakaat sehari disertakan dengan solat sunat tahajud dan hajat ? noo .. Kita bagi deal la , 5 waktu setiap hari .. Adakah dia khusyuk menyembah Allah ?? Kini untuk dirinya , mak abah nya , dan insyaallah di masa hadapan kemungkinan awak adalah isterinya yang sah ? Kena make sure .. yang KETIGA , pastikan awak kekal kan iman awak ... KEEMPAT pastikan lelaki itu dan awak jugak sudah berjaya , melanjutkan pelajaran dan kini bekerja .. boleh beli rumah dan kereta serta beras sendiri tanpa guna duit mak abah .. KELIMA , pastikan dia hulurkan hasil titik peluhnya kepada keluarga utamanya terdahulu , adik beradiknya .. Tanggungjawab sebagai anak pastikan sudah selesai .. KEENAM , untuk mengelakkan perempuan berkahwin awal , sila pastikan bahawa sebelum awak kahwin , perancangan kos akad nikah dan pertunangan difikirkan dahulu .. Macam mana kita nak tau lelaki tu sayang kita ke tak , melalui perancangan ini ... Awak tentukan kos akad nikah , jikalau dia tak bekerja , awak kena pasti kan , dan kena pikirkan masa depan awak , ada kah ke depan atau ke belakang? masa depan anak2 awak ?? pastikan dia bekerja sebelum meminang awak , pastikan dia dapat bagi makan mak abah dia dan keluarga dia dengan hasil titik peluh dia , bukan sekali dua , tapi setiapkali dia gaji ... supaya nanti bila awak dah kahwin dengan dia , sikap dan perbuatan dia ni berkekalan dan dia akan buat jugak kat awak .. KETUJUH , make sure awak kena pastikan latar belakang keluarga dia , jenis yang macam mana , nak yang macam mana ... Kalau mak kepada lelaki ni , nak menantu yang pandai bekerja , yang reti masak , yang pandai mengambil hati , yang selalu menceriakan hatinya , memahami dan selalu menganggap mak mertua seperti mak sendiri .. terkadang ada jugak mak mertua yang kelakuan bukan seperti mak mertua .. seperti cerita P.Ramlee " IBU MERTUAKU" .. Lelaki or perempuan awak kena make sure latar belakang family , tak kira apa jua , demi masa depan awak jugak .. takmau kena control kan ? kena pikir dan pastikan sebelum melangsungkan perkahwinan tergopoh gapah .. KELAPAN , pastikan awak tak salah memilih suami atau isteri tu .. Mungkin sejarah silam dia tak berapa baik , awak jangan putus asa untuk membimbing dia ke Syurga .. Allah tak suka kita putus asa untuk mengejar ilmu pengetahuan ke Syurga tau .. kemungkinan dulu dia pernah berfoya2 , tapi ingat wahai kaum Hawa , jikalau awak mudah berputus asa atas ujian yang awak hadapi selepas berkahwin , entah hanya peratus pahala saja awak dapat .. awak dapat suami yang garang ? yang suka berfoya2 ? yang suka control money ? yang tak bagi nafkah zahir dan batin ?? hanya satu kunci dia , KESABARAN .. kesabaran adalah kunci kejayaan dan kebahagiaan .. Jikalau awak masih tak dapat melihat dan merasakan lagi perubahan yang kamu usahakan untuk si dia berubah , maka satu jalan saja untuk awak lakukan demi masa depan awak dan anak2(jika ada) .. Lakukanlah FASAKH .. Kaum Adam , kesabaran kita kena tinggi , jikalau awak tak dapat semua tu jugak , teruskan perjalanan awak ke masa hadapan .. Memang merobohkan atau memutuskan ikatan perkahwinan tak baik .. Kalau dah tak nampak sedikit bayang perubahan , macam mana awak nak teruskan ? awak bahagia tak ? awak dapat nafkah zahir dan batin ?? awak dapat kasih sayang ?? awak tahan gaduh ? no kan ?? so keputusan di tangan sendiri , kita merancang , Allah menentukan ... Yang KESEMBILAN , pastikan tiada orang ketiga semasa menjalinkan atau sedang mendirikan rumahtangga .. Orang ketiga serta isteri/suami yang berhubung dengan orang ketiga itu mendapat hukuman denda dari pihak atasan .. Yang KESEPULUH , keredhaan ... Ketidakredhaan adalah pintu keraguan .. Apa jua musibah mahupun ujian atau pun dugaan yang awak hadapi di muka bumi ni , awak kena redha dan tawakal kepada Allah .. kerana semua itu diuji Allah , kita sebagai hambaNya kena lah terus berdoa dan tunduk kepadaNya , redha dengan ujian yang dia berikan kepada awak .. Setiap ujian dan dugaan yang awak hadapi itu ada hikmahnya ... Allah Maha Mengetahui , Maha Mendengar , Maha Berkuasa , Maha Adil , Maha Pengasih Dan Maha Penyayang serta Maha Pengampun ....

  Sebelum terlupa saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca blog saya dan Salam Jumaat kepada umat Islam seluruh dunia .. Semoga Allah Merahmati awak sekalian ..

Teruskan mendekati Allah , teruskan berdoa kepadaNya , teruskan untuk mengekalkan Iman .. Sesungguhnya Allah tidak pernah melakukan yang salah ...


Sekian dari saya ,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu ...